Syarat dan Terma

Ahli yang ingin menyertai Gerak Muafakat mesti bersetuju untuk mengikut semua langkah-langkah yang telah ditetapkan bersama semua potongan berperingkat yang telah dirancang.

Sekiranya tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian syarat dan terma ini, bakal ahli dinasihatkan agar tidak menyertai Gerak Muafakat. Mereka boleh menggunakan program-program yang digunakan oleh Gerak Muafakat seperti DD Easy atau Major secara berasingan.

Dengan menyertai mana-mana Tabung Am, seseorang itu telah menjadi ahli Gerak Muafakat. Secara berperingkat ahli akan didaftarkan dalam Tabung Khusus.

Bagi akaun-akaun peribadi, ahli akan diberikan User Id dan password untuk mengawal akaun masing-masing.

Bagi akaun-akaun simpanan khas berkumpulan seperti tabungan untuk Umrah yang dikelolakan oleh kumpulan, akaun-akaun berkaitan akan diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh kumpulan berkenaan.

Pendapatan yang dijana oleh akaun modal koperasi akan dimasukkan ke akaun khas yang akan dikawalselia oleh pihak ketiga yang akan dilantik mengikut nasihat daripada pihak bank. Semua potongan ini akan dijadikan modal pembelian saham di koperasi yang akan ditubuhkan apabila telah memenuhi syarat Suruhanjaya Koperasi. Potongan ini adalah dengan persetujuan ahli dengan pihak pembayar (trader) untuk menguruskan bayaran berkenaan.

Koperasi yang akan ditubuhkan akan memberi fokus dalam bidang hartanah dan pendidikan dengan matlamat supaya semua ahli memiliki hartanah dan seterusnya mendapat pulangan daripada pelaburan dalam industri hartanah. Model koperasi yang diguna-pakai ialah Koperasi Tunas Muda Sg Ara diPulau Pinang. 

Pihak jawatankuasa berhak meminda mana-mana terma mengikut keperluan dan segala pindaan adalah demi kepentingan ahli keselurunnya. Ahli perlu ambil maklum, semua rancangan dan tindakan adalah untuk manafaat ahli kerana di GM tiada orang perseorangan atau kumpulan tertentu sahaja yang akan mendapat manafaat.