Sistem Tabungan SMI

Sistem Tabungan SMI menggunakan sistem pengurusan kewangan Dyna Dollars tanpa mengambil kira pendapatan Fast Start. Tumpuan hanya diberikan kepada pendapatan bulanan.

Dengan kaedah ini, bayaran pendaftaran hanyalah sebanyak RM20.00 berbanding RM50.00 atau RM300.00 untuk pendaftaran biasa.

Tabung ini mempunyai 4 kumpulan ahli dengan tahap 1 hingga 3 mempunyai syarat tertentu;
1.       Ahli yang telah mengenalkan 4 rakan dan mereka juga telah mengenalkan 4 rakan setiap seorang,
2.       Ahli yang telah mengenalkan 4 rakan tetapi mereka masih belum lengkap mengenalkan 4 rakan setiap seorang,
3.       Ahli yang telah mengenalkan rakan tapi belum sampai 4 dan
4.       Ahli yang masih belum mengenalkan sesiapa.

Sistem Pendaftaran
Ahli akan didaftarkan dalam jaringan 1 x 4 TANPA menggunakan nama ahli tetapi hanya menggunakan angka giliran.
Tujuan ini adalah supaya ahli yang telah berjaya ke tahap (1) diberikan akaun yang teratas mengikut giliran kelayakkan.

Sistem Pendapatan
Bagi ahli yang telah layak ke tahap (1), mereka akan diberikan kod dan katalaluan (password) akaun yang berkaitan supaya ahli boleh menguruskan pengeluaran pendapatan bulanan mereka. Pendapatan maksima ialah sebanyak RM12,000.00 bagi setiap akaun.

Bagi ahli di tahap 2 – 4, semua pendapatan bulanan akan dikumpul dan dibayar menggunakan kaedah berikut;
Ahli di tahap 2 – akan menerima 50% daripada jumlah yang dikumpul, dibahagi secara sama rata,
Ahli di tahap 3 – akan menerima 30% daripada jumlah yang dikumpul, dibahagi secara sama rata dan
Ahli di tahap 4 – akan menerima 20% daripada jumlah yang dikumpul, dibahagi secara sama rata.

Hanya setelah ahli mencapai tahap (1) barulah mereka akan menerima pendapatan tahap tertinggi bukan hanya kerana mereka telah mengenalkan 4 rakan tetapi mereka juga telah membantu rakan-rakan mereka mengembangkan jaringan mereka.



Tarikh kiraan akan dilakukan pada setiap 2 haribulan dan bayaran akan dilakukan seperti berikut;
Ahli di tahap 1 – mereka boleh mengeluarkan pendapatan mereka pada bila-bila masa.
Ahli di tahap 2 – 4 akan dibayar pada 10hb.
Tarikh kiraan pertama ialah pada 2 Februari 2014.

Contoh Kiraan




























Memandangkan program ini adalah sebahagian dari program Gerak Muafakat yang lebih besar, semua ahli akan dikenakan potongan pendapatan sebanyak RM100.00 SEKALI sahaja untuk dimasukkan ke dalam Tabung Am Gerak Muafakat atas nama ahli untuk menerima faedah jangkapanjang seperti keahlian koperasi.


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT