MATLAMAT
Membolehkan lebih ramai ahli Gerak Muafakat memiliki kenderaan;
1. Program ini di khususkan untuk mereka yang belum
mempunyai kenderaan pertama (kereta) kerana ketidakmampuan mendapatkan pinjaman atau
2.
Mereka yang telah "kehilangan" kereta akibat
pinjaman yang bermasalah dan tidak boleh lagi membuat pinjaman baru atau
3.
Mereka yang mempunyai kereta tetapi tidak sesuai
lagi kerana pertambahan ahli keluarga.
Ringkasnya, matlamat program ini ialah untuk membolehkan
mereka yang TIDAK MAMPU untuk memiliki kereta secara konvensional untuk
mengambil peluang kedua ini.
KAEDAH
PEMILIKAN KENDERAAN
Kaedah yang digunakan adalah sistem tabungan dengan
bantuan rakan-rakan yang mempunyai keperluan yang sama.
SYARAT NYATA –
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KAEDAH
ALTERNATIF PEMILIKAN KERETA SEPERTI TABUNG KERETA MANA-MANA SYARIKAT MLM ATAU
TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG PERLU DIPATUHI, ANDA TIDAK SESUAI
DENGAN PROGRAM INI.
Komponen sistem tabungan ini adalah;
1.
Anda bantu rakan yang ingin memiliki kenderaan
untuk mengumpul modal,
2.
Anda pula meminta beberapa rakan untuk membantu
anda untuk mengumpul modal seperti rakan anda yang anda bantu,
3.
Kitaran ini akan berlaku beberapa kali sehingga
terkumpul satu jumlah yang berpatutan untuk anda membeli kereta.
Ringkasnya, untuk menggantikan ketidakmampuan mendapatkan pinjaman, seseorang itu perlu melakukan sesuatu (usaha) seperti membina jaringan rakan-rakan yang berada dalam situasi yang sama, saling membantu dalam satu permuafakatan.
Hasilnya, dengan sedikit sumber kewangan, dengan sedikit
usaha dan dengan sedikit kesabaran anda kini mampu memiliki kereta TANPA sebarang hutang.
Anda juga telah berjaya mengelakkan dari terjebak dengan
aktiviti riba, kos kereta yang melambung kerana faktor faedah bank dan tidak
perlu lagi risau untuk membuat bayaran balik kepada bank setiap hujung bulan
selama bertahun-tahun.
