Pengenalan

Gerak Muafakat ialah satu inisiatif untuk mengajak orang ramai untuk menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan urusan jualbeli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan.

Matlamat pergerakkan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli.

Sasaran permulaan pergerakkan ini ialah mereka yang menyedari akan pentingnya hidup tanpa hutang dan diikuti oleh mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman besar seperti kereta atau rumah disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti;
  1. Telah disenaraihitam,
  2. Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP,
  3. Telah melebihi had (pendapatan/umur) untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya.
Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini? Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.

Gerak Muafakat ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.

Usaha telah dimulakan dengan menubuhkan kelab kelab on-line yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi.

Beberapa kelab on-line yang berasaskan aktiviti telah menggunakan model ini untuk membesarkan jaringan keahlian mereka seperti kelab jom-motor, kelab jom-gunung dan beberapa yang lain.

Dalam erti kata lain, Gerak Muafakat memulakan perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi seperti membeli rumah tanpa pinjaman.

Pelopor kepada pergerakkan ini ialah saudara Ishak Latipi, seorang bekas guru dan kemudiannya bertugas di UNESCO dan setelah melihat kejayaan model ekonomi ini di luar negara, beliau memulakan inisiatif ini dengan dibantu oleh beberapa rakan yang juga yakin dengan pendekatan yang digunakan. Beliau kini giat mempromosi konsep ini ke Indonesia dan India melalui prasarana media sosial.

Bayangkan, secara berperingkat, mengikut kaedah mana anda bermula, anda menerima top-up prepaid percuma, anda kemudiannya boleh memiliki motosikal, kereta, menghantar anak belajar di peringkat paling tinggi dan kemudian memiliki rumah. Semuanya dengan kekuatan bermuafakat yang tidak melibatkan sebarang aktiviti perniagaan.

Walaupun Gerak Muafakat bukan perniagaan, ahli digalakkan untuk mencebur dalam perniagaan untuk menambah aktiviti dan edaran produk yang boleh dibeli oleh ahli yang lain.

Bagi yang menguasai Bahasa Inggeris, banyak artikel yang terdapat di Internet yang membincangkan topik ini sehingga kini dijadikan bahan kajian untuk mahasiswa di peringkat sarjana di Presidio Graduate School's MBA program. Antara tajuk yang digunakan ialah Gifting, Collaborative Consumption dan Sharing Economy. Lynn Twist dalam bukunya Soul of Money juga banyak memperkatakan tentang isu permuafakatan ini.