PENUBUHAN KOPERASI
Matlamat
Matlamat penubuhan koperasi ialah untuk mempastikan ahli-ahli memiliki hartanah dalam bentuk rumah mahupun kondominium.
Dalam masa yang sama, hasil dari pendapatan di STGM, ahli akan memiliki saham dalam koperasi yang akan digunakan sebagai pelaburan koperasi dalam bidang tersebut sekaligus melibatkan ahli dalam pelbagai bidang dalam industri hartanah.
Kaedah
Koperasi akan menggunakan kaedah yang telah digunapakai oleh koperasi yang berjaya samada di dalam mahupun luar negara.
Mondragon Cooperative di Sepanyol adalah contoh terbaik. Selain bergiat dalam bidang hartanah, mereka memiliki bank, universiti, ladang, ternakan, pengangkutan dengan pekerja seramai 84,000 orang, pelajar seramai 9,000 orang dan lebih 85% adalah ahli koperasi. Mereka memiliki lebih dari 250 anak syarikat dan merupakan majikan ke7 terbesar di Sepanyol.
Keahlian
Penubuhan koperasi hanya akan dilakukan apabila ahli-ahli telah mempunyai jumlah yang mencukupi dalam STGM iaitu 50 orang yang telah mempunyai simpanan RM10,000.00 setiap seorang.
Kesemua aktiviti koperasi akan disokong oleh saham ahli dan bukan pinjaman dari bank.